Total Pageviews

Monday, January 27, 2014

tanya sama hati

hye!
salam kasih sayang dari aku untuk semua yang membaca blog ni...


jam dah menunjukkan pukul 1236 am.
esok sekolah ni, tapi ntah kenapa aku rasa cam nak menaip sesuatu kt blog ni.
aku pun pelik kenapa aku tak mengantuk lagi ni, padahal harini aku ada 7 jam tusyen dari kol 830 pagi tadi smpai la kol 6 ptg. pagi tadi kt bukit jelutong, then ke setiawangsa, pastu ke ampang plak....balik lepak2 jap , adik laki aku singgah umah sat ngan anak dia, main2 ngan irfan ptg td, pastu malam pas maghrib aku gerak g umah adik pompuan aku plak kt danau kota.

lama dah aku tak g umah adik aku ni n berborak ngan dia. maklumla aku kan bizi sokmo sekarang ni. so bila dah lama tak berborak, banyakla isu2 yang kami ceritakan. bisnes dia, life aku, anak2 dia, hal sekolah aku and so on. adalah satu cerita yang menarik perhatian aku dari adik aku ni.
maklumla aku kan sekarang takde fb, jd kurangla sikit ter update ngan isu-isu semasa ni...
so terbukak la kisah sekarang orang dok rajin circulate tentang status ke apa ntah kt fb tu, yang mengatakan kalau ko pos gamba ko ngan anak ko, katanya nk menayang rumah sebenarnya, kalau post gambar2 barang baru beli, katanya nak riak, kalau post result anak, katanya bukan anak dia sorang je pandai. pastu orang yang repost tu siap tulis 'muhasabah diri'....

well, aku nak bgtau sikit la ni, apa yang ko cakap tu sebenarnya reflect apa yang dalam hati ko. so pada akulah, kalau hati kita ni sentiasa berfikir baik dan berhusnuzon, takkan timbul isu2 sebegini. sebenarnya, kalau kita dok kata orang tu riak, adekah kita sndiri yang riak atau dengki sebenarnya?? kita ni sebetulnya tatau apa dalam hati orang sebab kita bukan ALLAH. hanya ALLAH saja tahu apa yg terdetik dalam hati manusia. apa yang menulis tu adik beradik firaun ke? perasan dia tuhan boleh tau apa dalam hati manusia??

sejujurnya menurut pendapat aku yang tak seberapa ni, orang yang menulis assumption begitu dan yang tolong circulate tu, diri dia sendiri yang berfikiran begitu. kenapa perlu menegatifkan semua benda?? dia yang perlu muhasabah diri.

kalau akulah, kawan2 aku post kan barang2 yang baru dorang beli, latest, and mahal, aku akan tumpang gembira. secara tak langsung aku dapat update terkini dunia fesyen dan barang-barang branded. walaupun aku tak mampu nak beli, im happy for those who can afford it.

pastu, bila post gmbar anak2 masuk spital ke diri sendiri ke masuk spital mahal, katanya nak menunjuk orang tu pegi spital mahal. woih, ko pernah dengar pasal insurans ke tak ni? duduk dalam ulu banat mana ni? kalau kau beli insurans, memang la boleh pergi ke princecourt ke, gleneagles ke, ampang puteri ke....ke kau sebenarnya ketinggalan zaman tatau wujudnya insurans untuk golongan pertengahan ni?? meh sini aku nak habaq , kau pergi carik ejen insurans, then kau bayar dia bulan2, dia boleh buatkan kau protection + saving sekali. cepat pergi sebelum kebusukan hati yang berulat tu memakan diri kau sendiri.

bila post gambar anak-anak, dikatanya orang tu sebenarnya nak menunjukkan background rumah dia. so what kalau ada background rumah dia yang cantik tu? kau jadikanlah inspirasi untuk cantikkan rumah kau jugak. kalau dia kaya, kau doakanlah semoga dia dimurahkan rezeki. kau pernah dengar malaikat akan mendoakan benda yang sama kita doa kat orang?? bila kau postkan benda negatif, secara tak langsung, kau akan menghasut orang lain turut berfikiran macam kau. wah, memang berganda saham neraka kau. sedar tak??

aku tataulah apa lagi isi kandungan post tu sbb aku takde fb kan. dan syukurlah aku tak baca benda tu. kalau tak mesti aku pun terhasut sama. 

tolonglah wahai manusia-manusia. especially yang beragama islam. aku pelik macam mana orang boleh circulate benda yang sangat negatif macam tu. ke tak sedar sebenarnya bila circulate benda tu sebenarnya mencerminkan betapa busuknya hati sendiri??

orang yang post gambar2 bersoping, anak2 comeltu mungkin sekadar berkongsi kegembiraan, sejak bila berkongsi kegembiraan menjadi satu kesalahan?? ok kalau betullah pun konspirasi teori kau mengatakan orang tu riak, tu urusan dia ngan Tuhan, kau kenapa nak berlagak macam tuhan plak? kenapa kau nak rasa annoyed dengan kegembiraan orang lain? kenapa kau nak jadi mata lalat yang sentiasa carik keburukan dan taik-taik yang busuk ?? please deh.

aku tak kata aku baik pun. tapi apa kata kita sama-sama jaga hati kita. kalau kau rasa benda tu annoying, just shut ur damn mouth or hand shall i say. tengok saja sudahlah. mati ke kalau kau tengok je benda tu tanpa komen yang negatif?? aku rasa tak mati kot.  kalau tak suka tengok, hide saja that person. i used to do that. 

kau takkan kata kt orang kalau diri kau sendiri tak macam tu. 
contoh, kalau aku lapar, aku akan cari nasik. so kalau kawan aku kata dia lapar, aku pun akan tanya "kau nak makan nasik ke?"
kalau aku jenis carik piza, aku akn tanya" kau nk makan piza ke?"

so kalau kau sibuk mengata kononnya orang tu nak menunjuk lah, itulah inilah, sebenarnya kau rasa siapa yang lebih teruk hatinya? kau ke dia??

aku suggest, sebelum circulate sesuatu benda tu, check dulu. takut-takut nanti kau nak bukak aib orang, rupanya aib kau yang ALLAH tnjuk.

sekian saja dari aku kali ni,
aku nak baca buku kt bawah ni sblum tido.





p/s : i think those ppl yg rajin circulate benda-benda merapu ni, shld read this kind of book. lagi berfaedah kot. 

mintak maaflah kalau ada yang baca entri ni terasa hati ngan apa yang aku cakap ni. sometimes manusia ni nak kena 'lempang' baru sedar diri. :)

Sunday, January 19, 2014

kalau aku sayang...

hari ahad yang damai
19 januari 2014

tetiba tergerak nak tulis something kt blog yang dah lama aku tak jenguk ni.
lebih dari 3 hari kira lama lah.
maklumlah, sekarang ni sibok yang amat sangat. walaupun sekolah dah lebih kurang 3 weeks, tapi masih lagi ada few things yang belum sorf out. alah biasalah tu keje manada pernah abis. 

hari ni aku nak cakap pasal sayang.
selalu kita baca or dengar kan, kalau orang tu sayang kita dia mesti buat camni buat camtu. kalau tak buat maknanya tak sayang. hurmm... aku kadang-kadang ok je ngan statement2 camtu tapi kadang-kadang aku kesian la kat pihak lagi satu tu. mana tau kalau dia tak meet up to our expectation tapi sebenarnya dia dah sayang sedaya upaya dia kan....

so aku nak cakap arini, kalau aku sayang kat orang, apa aku akan buat. kita tak boleh la nak letak syarat, kalau orang sayang kt aku, dia mesti buat camni. aku nk list out apa yang aku akan buat. mungkin sama dengan orang lain mungkin tak la kan. biasalah. manusia kan unik setiap satunya. 

ok here goes...

kalau aku sayang kat orang tu, pertamanya aku takkan berkira masa ngan orang tu. walaupun sibuk macam mana, aku tetap akan luangkan masa untuk dia. sekurang2nya akan bertanya khabar selalu. memang dalam life bukan berpusatkan orang yang kita sayang tu je, tapi how else kita nak tunjukkan kita hargai dia kalau masa kita pun kita kedekut. baik takyah ada komitmen gitu kan. and aku boleh cancel kan salah satu rutin aku, kalau perlu. contohnya, aku akan kenselkan kelas tusyen aku utk orang tu kalau betul2 aku sayang orang tu and dia penting dalam hidup aku. 

kalau aku sayang kat orang tu, aku takkan berkira duit dengan dia. pada aku duit tu alat. tools. bukan matlamat. duit boleh cari. usahakan. Allah bagi tulang 4 kerat, campor akal lagi, maka boleh je cari duit. janji rajin. tapi nak cari orang yang sayang kt ko, and ko sayang kt dia, bukannya semudah mencari duit. jd harus bijak set priority di situ. mungkin sikap camni sedikit sebanyak akan mengundang orang-orang mengambil kesempatan kat aku. tp aku percaya Allah tu ada dan Allah takkan menzalimi hambaNya. kalau kita ikhlas sayang kt orang, Allah akan hantar orang yang ikhlas sayang kat kita gak. Allah tu adalah apa yang kita sangkakan. aku happy bila aku tengok orang yang aku sayang happy. kalau membelikan sehelai tshirt berharga rm 100++ dpat buatkan orang tu happy, i dont mind buying it. tapi takdela hari2 kan. belum lagi aku kerja korek gunung emas. and kalau orang tu ikhlas sayangkan aku, dia takkan mintak benda yang bukan2 yang tak mampu nak dibayar. dan akan berpada2 kalau nak apa pun. aku bukannya sugarmommy okeh?

kalau aku sayang kat orang tu, aku takkan berkira tenaga ngan orang tu. kalau dia perlukan bantuan aku, kol 5 pagi pun aku sampai. demam2 pun akan aku usahakan jugak tolong. selagi terdaya aku. apalah sangat tenaga tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan sayang tu kan...

kalau aku sayang kat orang tu, aku akan tunggu dia walaupun 10 taun. itu fakta. been there done that walaupun endingnya sia-sia. aku tak pernah menyesal pun. setiap sesuatu yang kita lakukan adalah pelajaran dalam hidup. aku tak kisah kalau dia yang blah, tp i wont. salah satu sifat orang munafik adalah apabila berjanji dia mungkiri. so aku taknak masuk golongan orang munafik ni. 

kalau aku sayang kat orang tu, aku takkan malukan dia ngan perangai aku yang tah apa2. aku akan cuba sedaya upaya jadi manusia yang lebih baik. tp part ni orang tu kena tolong akulah. kena tolong tegur apa yang tak kena. kita ni manusia, manusia ni memang susah nak sedar dia buat silap. kalau orang tu aku sayang, memang snang je aku nak terima teguran dia. 

kalau aku sayang kat orang tu, aku takkan susahkan dia. aku jenis independent. banyak benda aku boleh handle sndiri. jd dia tak perlu susah-susah nak risaukan aku. cuma kalau aku sakit je lah, mungkin akan sedikit menyusahkan. tu pun biasanya aku drive sendiri pg hospital. 

kalau aku sayang kt orang tu, and dia adalah pasangan aku, aku takkan pandang lelaki lain. walaupun aaron aziz or keith foo. eh. yelah aku takkan nak tergila2kan artis tak tentu hala dah. kalau yang picisan cam blogger cikai ke lagila aku tak heran. aku heran gak bini2 orang yang dok tergila2kan artis la, bloggerlah, tak cukup ke ada laki tu? ish ish. 
bukan sebab aku nak jaga hati dia, tapi sebab hati aku dah occupied utk orang tu, and takda ruang utk orang lain. datangla hensem macam thorr pun, aku takkan pandang. takkan ada makna dah pun kalau keith foo ajak aku kawen ke time tu, kihkih berangan macam hapa kan.  

dan akhir sekali, kalau aku sayang kat orang tu, aku akan lepaskan dia kalau dia tak happy ngan aku. its ok to let go. menyayangi itu bukan maknanya memiliki. dah lama aku pegang prinsip ni. aku sayang sangat mama aku tapi tak lama pun aku dpt hidup dengan dia. 20 tahun je. jadi, takda kasih sayang yang lebih besar pada aku selain dari kasih sayang untuk mama aku dan untuk family aku. ive lost one of the most important kind of love, jadi kalau setakat hilang orang luar yang aku sayang tu, i can manage it. and buat apa orang tu stick ngan aku tapi dia tak happy. useless sangat okay. aku bukan jenis treat manusia macam objek, kalau aku sayang, mesti ada dalam genggaman aku. i wont fight for love. if its meant to be, it will be. if not, useless lah ko fight for it. maybe, u have that person, tapi soul dia kat tempat lain. penat la nak control manusia ni. kereta control pun aku malas nak main, apatah lagi manusia nak control2. hati manusia ni milik ALLAH. doa saja semoga Allah bukakan hati orang untuk sayang kat kita and stay that way till jannah. 

camtula gayanya kalau aku sayang kat orang, and aku tau orang tu takkan boleh buat sama macam apa yang aku buat. maybe dia boleh buat lebih atau mungkin dia tak mampu. biasanya, kita expect orang macam kita. too bad that will never happen. 
just that, kalau aku boleh rasa dia sayang kt aku jugak, that is more than enough for me. aku tau, kalau dia sayang kat aku, more or less dia akan sanggup buat apa yang aku buat jugak. effort matters. 

sekian saja untuk harini, aku nak sambung menanda buku. sok skolah.kbai!


p/s: err...kalau sayang kat aku kan, tolongla belikan 2 ekor binatang kt bawah ni yer. yang besor tuuuu.
thank youuuu ;)







Monday, January 6, 2014

k.a.w.a.n

isnin pertama minggu pertama 2014

fuh....penatnya hari ni, Allah je yang maha mengetahui. biasalah, walaupun sekolah dah bermula minggu lepas, tapi official assembly nya hari ni ler sebab harini adelah isnin yang pertama untuk tahun ni kan kan? pastu diikutilah dengan kerja-kerja berderet. mujurlah sempat bernafas kalau tak mungkin aku dah jadi belon udara warna biru yang menggelembung lalu naik ke langit. oh katun sungguh. sila katunkan diri anda untuk sementara waktu. 

camtula life cikgu, tahun berlalu, budak-budak akan membesar depan mata kita. tahun lepas cikenit-cikenit aje, tengok-tengok bukak sekola ni dah tambah tinggi seinci. pastu gamaknye keje menternak badan time cuti, bukak sekolah je nampak sendat je baju budak-budak ni walaupun baju baru ler katanya..heh. biasalah budak-budak kan cepat membesar...seronok tengok yang comey-comey tu tukar jadi jelitawan, yang comot-comot pun dah pandai tepek bedak kat muka...budak-budak ni kalau baru start sekolah, bisingnya ya ampun. tak larat nak besarkan bijik mata dah kat dorang. silap2 mau terkeluar bijik mata aku toing~ toing~ tapi tak jugak senyapnya. biasalah nak update kawan-kawan kan. walaupun ada la small group yang ada fb tapi update secara live lebih gempak gitu kan. boleh menaikkan darjah kemarahan cikgu dia ni haa...baru puas hati dengan cikgu menjerit satu KL dengar. ok david teoh sila buat filem cikgu menjerit. bukan KL menjerit ok.
eh david teoh ke? main hentam je kan aku. ah lantaklah.  

tulah kalau kelas awal-awal tahun ni, aku banyak bagi group work. sajalah nak bagi dorang berborak-borak sambil berbincang keje aku bagi kan. aku kan cikgu yang memahami. ceh. memahamila sangat kan. 
yelah kita semua pun penah rasa zaman budak-budak. ada kawan-kawan yang sama-sama main, sama-sama minat cikgu, pastu lawan berdengki. as we grow up, perception kita tentang kawan akan sama-sama bertukar dengan pengalaman dan persekitaran kita ye dak. 
well, malam ni aku terasa nak bercerita dengan kawan-kawan aku. mungkin tak cover semua sebab aku rasa aku ramai kawan. ramaila kan lebih dari satu. :p

ok, mari kita time travel...eceh. aku memang sukala kan time travel ni. 
kembali ke sekolah rendah.
masa kat sekolah rendah, aku sekolah kat gombak utara. SK gombak utara. ada di antara kawan-kawan aku dari kalangan masyarakat orang asli di sana. kira dari kecik lagi aku memang dah bercampur dengan macam-macam jenis bangsa. so aku tak racist. aku benci racist. buh penampaq sedas baru tau. tuhan tu tak tengok kita bangsa apa tapi Dia tengok amalan kita. ok tu tazkirah iklan. 

jadi kawan2 aku tu namanya pelik2 sikit, pada aku pelikla masa tu sebab baru sekolah rendah aku dah jumpa nama selain dari siti, abu, kamal, ahmad, meimei, siva kan....antara nama kawan aku yang aku ingat masa tu, Jestonariza, Amek, Ulna...ha tiga tu jelah aku ingat kot. maklumla kepala aku ni ada byk neuron-neuron yang tak berapa stabil penghantaran impuls sarafnye. kitaorang selalu main-main yang biasa budak main time tu, main galah panjang, main getah, main tiang. main babi utan. eh tak tak. babi utan tu aku tengok je dia dah arwah kat tengah padang. mungkin dia sesat cari jalan pulang. lalu terkejut tengok sekolah aku lalu meninggal dunia. agaknya lah. sumpah besar babi utan tu. pastu adalah kawan aku pegi pegang. pastu dia pegi basuh pastu sentuh si A pastu A sentuh B pastu B sentuh C pastu....ha korang bayangkanla berapa banyak sentuh daa. pastu kami cepat-cepat pergi cari ustazah. kena buat apa ni ustazah kami dah sentuh orang yang dah sentuh orang yang dah sentuh dan orang tu sentuh babi utan. wahhh! ustazah pun pening. last-last dia telepon orang suh pegi buang bangkai babi utan tu. kami ni? takde apelah kottt. ntah. aku pun dah lupa apa kesudahannya hukum sentuhan tu.  sekarang manaada babi utan kat gombak tu. driver perangai cam babi banyak. ops. tercarot plak. hehe sowi.

kawan aku paling baik masa tu anak penolong kanan sekolah tu. nama je best friend tapi sebenarnya kitaorang selalu je gaduh haha. paling tak bole blah, dia suka purple aku suka hijau. ke the other way round. aku pun dah lupa. sebab sekarang semua kaler aku suka jd aku lupa warna kegemaran aku masa tu
jadinya, barang-barang dia takleh ade kaler hijau and barang-barang aku takleh ade kaler purple. kalau ada akan dituduh meniru warna kegemaran!! haha ! kelakar giler. abisla barang-barang aku takleh ade kaler purple kannn. cis! pastu dia masuk STF and aku masuk sekolah biasa. since then kitaorang lost contact. smpaila a few years back, rupa2nya dia satu uni ngan kawan aku kt serting dulu. so jejak kasihan la ngan dia. just jumpa semula as kawan lama lah...camtu je.

then kat sekolah menengah, kawan2 kat sini kebanyakannya adalah jirang kawasang seperumahan. eh takdelah aku bukan duduk terengganu. aku dah terlajak taip. malas nk padam g tu. 
ok form 1 sampai form 3 aku jalan kaki je gi skolah. jadi ramaila kawan2 geng jalan kaki. banyakla cerita suka duka sekolah menengah ni. yelah, maklumla aku ni takdela lawa dulu. (sekrang pun tak lah jugak. cliche sungguhlah). tapi zaman budak-budak lagi la terasa tak lawanya sebab tak boleh duduk nga grup budak cun-cun. pastu biasalah, zaman budak-budak adelah minat kt senior tu senior ni tapi jangan harapla dorang nak pandang. senior-senior mestila pandang budak-budak lawa, badan solid-solid. oh tu memang fakta. jadi aku geng la ngan kawan-kawan yang sekepala je ngan aku. tapi masa sekolah menengah ni la aku belajar erti backstab. sobs. aku ingat lagi, kawan yang aku rasakan bestfren aku, rupanya mengutuk aku kat belakang. aku bagi dia pinjam buku teks agama aku, pastu dia pun pulangkan. nak dijadikan cerita, dia terlupa nak keluarkan nota-nota yang dia tulis dalam buku teks aku tu. oh bukan nota agama. nota-nota tu penuh perbualan dia ngan sorang lagi kawan aku. mengutuk aku kaw2. hurm...sedih. ingatkan semua orang ikhlas bila berkawan. sejak dari haritu, aku jauhkan diri dari dia. and aku takdalah rapat ngan sesiapa pun. luka masa sekolah memang sangat dalam kesannya. 

then, aku pergi mrsm. 3 tahun aku kt mrsm. yelah sebab aku sakit kan. so sini pun ada macam-macam jenis kawan. ada yang sebaya and lebih muda. hubungan aku dengan yang lebih muda tu so and so je. yelah mana ada orang suka duduk ngan senior kan. ada sekali tu classmate sound aku ramai-ramai cakap dorang tak suka aku berlagak macam ketua dorang. and budak laki pun cam tak suka dengan dorang sebab kawan ngan aku yang berlagak bagus. my answer was...fine. aku tak suruh pun kawan ngan aku. taknak kawan sudah. so, kitaorang pun buatlah hal masing-masing. most of the time aku memang lone ranger jer masa kt mrsm dulu. tapi bila musim study, ramaila kawan aku. aku tak kisah. orang nak suruh ajar aku ajar jer. bukan luak apa pn. tapi bila dah tua2 bangka ni, adelah a few yang rapat ngan aku. maybe they dont know me back then....tkpe, manusia kan berubah-ubah hatinya.

then aku pergi uni, kat sini aku lama. 5 years. setaun setengah asasi. tiga tahun setengah abiskan degree. kat uni kawan-kawan aku best. sempoi. kepala gila-gila. kadang-kadang gaduh kadang-kadang gelak smpai keluar air mata. mungkin sebab kitaorang tak duduk sama, so takdela nak ambik hati benda-benda kecik. aku belajar, kalau nak kawan ngan orang lama, jangan duduk ngan orang tu. jadi housemate ke apa.. especially kalau kita pernah kenal then ajak orang duduk sama. memang hancur. dulu housemate aku lain, rumet aku lain, classmate aku lain. so meriah dan takde la nak marah-marah tak tentu pasal. kalau merajuk ke apa cepat je lupa. kat uni aku ada koleksi kawan-kawan yang sangat best. walaupun ada yang dah lost contact, tapi they re the sweetest memory i ever had. aku belajar apa erti kawan masa kt UMlah. aku takde kawan berkepit siang malam. kawan baik aku ramai. aku memang taknak ada best frend sangat. sbb aku tau someday ur bestfren will turn to ur worst enemy. sebab dia tau semua rahsia ko and akan jadi sangat jahat kalau ada benda yang tak elok terjadi antara ko ngan dia. so aku belajar not to trust ppl to too much. tapi aku bukan ada rahsia pun. semua pasal aku ramai je yang tahu. abis-abis pun rahsia aku minat abang yang main band tu jer tak share ramai-ramai heh heh. 
 
then aku kerja main-main, masuk ipg then kerja kt sarawak and balik kerja kat KL. 
bila dah besar, lain plak peel kawan yang aku jumpa. jenis kawan yang masa susah cari aku tapi bila senang takkan tanya khabar aku pun, ramai bila aku dah besar ni. i mean dah adult. aku takla besar sangat. besar tu macam dinosour. takde takde. aku kecik sikit dari anak gajah je. 
mula-mula aku terasa hati ngan ngan sikap orang macamtu. lama-lama dah tak kuasa la sebab dah ramai sangat aku jumpa. agaknya, orang dewasa ni memang selfish. jual ikan. tak jual ayam. selciken. eh merapu. ok cut.

ko bayangkanla, elok-elok je berkawan selama ni, dulu-dulu hang out ngan ko, tiba-tiba keluar gambar kat instagram, ada semua kawan ko dlm tu kecuali ko je. eh ko halimunan ke. taklah. ko tak dijemput pun join dorang. so since then aku pahamlah. rakan sekerja will never be a good friend. at least not to me. so sekarang strictly professional. after work, find another set of friend. takdela aku benci dorang buat camtu kat aku walaupun i know i shld after what i ve done for them all this while. takpa, apa yang aku dah buat aku tak harapkan balasan manusia. so, no harm done. aku pandai bawak diri. bawak diri gi ngajar tusyen pas skolah heh heh.

aku tak kisah pn tak berkawan sangat ni. aku tau, walaupun jauh, ada lagi kawan-kawan aku yang sjati yang care pasal aku. yang doakan aku. tu lagi penting. dari kecik memang mama aku ajar aku berkawan biar berpada-pada. di umor 34 ni aku paham sangat kenapa mama aku pesan camtu. dia memang control semua kawan-kawan aku masa kecik dulu. 

so prinsip aku dalam berkawan, tayah rapat sangat. sebab bila rapat, ko akan tend to mengumpat kawan ko yang lain. bila tak rapat sangat, orang tak ajak ko ke mana-mana, ko takkan kecik hati. tapi kalau kawan-kawan aku  mintak tolong, aku akan sedaya upaya aku tolong. mana yang dapatlah. aku kenal sapa yang betul-betul sayangkan aku. aku tau sapa yang akan cari aku bila aku hilang. aku tau sapa yang tak peduli pun aku ada ke takda selagi dia tak perlukan pertolongan. 

to my dear friends. i know somewhere over the rainbow u've been praying for me.
thanks kawan.
well to those who have hurt me, juga thanks. without u, i wont know how  to be strong when someone stabbed u at the back.
its a wonderful world after all.


Somewhere over the rainbow
Way up high
And the dreams that you dreamed of
Once in a lullaby ii ii iii
Somewhere over the rainbow
Blue birds fly
And the dreams that you dreamed of
Dreams really do come true ooh ooooh
Someday I'll wish upon a star
Wake up where the clouds are far behind me ee ee eeh
Where trouble melts like lemon drops
High above the chimney tops that's where you'll find me oh
Somewhere over the rainbow bluebirds fly
And the dream that you dare to,Oh why, oh why can't I?

Well I see trees of green and
Red roses too,
I'll watch them bloom for me and you
And I think to myself
What a wonderful world

Well I see skies of blue and I see clouds of white
And the brightness of day
I like the dark and I think to myself
What a wonderful world

The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people passing by
I see friends shaking hands
Saying, "How do you do?"
They're really saying, I...I love you
I hear babies cry and I watch them grow,
They'll learn much more
Than we'll know
And I think to myself
What a wonderful world world

Someday I'll wish upon a star,
Wake up where the clouds are far behind me
Where trouble melts like lemon drops
High above the chimney top that's where you'll find me
Oh, Somewhere over the rainbow way up high
And the dream that you dare to, why, oh why can't I? I?




Friday, January 3, 2014

tarikh dan hari 2014

Saje nak share

hari jumaat 2014
4/4/2014 jumaat
6/6/2014 jumaat
8/8/2014 jumaat
10/10/2014 jumaat
12/12/2014 jumaat

hari isnin 2014
3/3/2014 isnin
5/5/2014 isnin
7/7/2014 isnin

subhanallah hebat kan?

Semoga kita smua pun dapat kejayaan dan kebahagiaan berganda pada tahun 2014 ni.

amin......

Wednesday, January 1, 2014

1 januari 2014

alhamdulillah,
syukur masih diberi peluang sekali lagi untuk menghirup udara di tahun masehi yang baru..

cliche sangat la kan buat entri hari pertama tahun baru...
ah nevermind, blog aku, suke hati akulah nak buat entri tahun baru ke tahun lepas ke lain tahun ke kan......

aku memang jenis yang jarang sangat nak celebrate tahun baru atau apa-apa perayaan dengan bersesak-sesak tengok bunga api beramai-ramai tu...selalunya aku lepak je depan tv sampai tertido. dari muda sampai la ke tua ni memang itule perangai aku. bukan ler aku baik sangat tak pergi konsert-konsert ni, aku pergilah jugak tapi bukan yang untuk sambut apa-apa punya konsert. cam konsert m nasir ke, ella ke awie ke, aku layan ler kalau ade duit....aku memang tak suka bersesak-sesak. rimas laaaa....

hari ni aku melepak je kat rumah sambil menyiapkan apa-apa yang patut. maklumlah esok dah nak bukak sekolah. nak iron baju la...dahla esok khamis kena pakai baju batik...ish malasnya la aku nak mengiron baju batik tu. kan bagus kalau ada batik lycra. takyah iron punya. eh ada ke ha?? ok pengusaha batik sila fikirkan idea aku ni. mesti laku abis kalau ada kan...

ok sempena tahun baru ni, biasalah, sure cerita pasal azam kan. rasanya haritu masa tahun baru hijrah aku ada cerita pasal azam gak. aku rasa tahun ni aku malas nak buat azamlah. mesti tak jadi apa punya kalau beriyer-iyer berazam.. aku nak belasah jela buat apa yang aku rasa aku perlu buat. contohnya, aku dah deactivate FB aku buat sementara waktu ni...ada gak yang message aku tanye aku remove dorang ke...eh takdelah. aku takda remove sapa-sapa pun kecuali diri aku sendiri. aku rasa FB tu sangat annoying lah. banyak aura negatif. jadi buat sementara waktu ni, biarlah aku deactivate dulu. untuk berapa lama?? entahlah. aku pun tak tahu. mungkin sehari dua, seminggu dua ....we will see how..

sejujurnya sejak aku deactivate FB selama 24 jam lebih ni, hidup aku lebih aman. macam minum teh detox. detox toksin-toksin yang ada. aku cuma baca berita yang aku perlu baca, tak payah tengok orang-orang perli memerli kawan dorang or maybe perli aku ke aku tak perasan kan, tak payah tengok perkara-perkara yang menjengkelkan, tak payah tengok luncai berlagak pandai ... well, tidak dinafikan banyak juga benda baik-baik dalam fb tu,  kata-kata motivasi, seruan dakwah etc. tapi bila dah bercampur-campur rasa macam serabut. nak tapis rasa tak tertapis. dan aku takda plak rasa cam ada something missing dalam life aku bila aku deactivate fb tu. biasa-biasa je. ada lebih banyak masa sebab rupa-rupanya sebelum ni aku banyak sangat abiskan masa mengadap fb dengan phone aku tu. lepas solat pun, telekung tak bukak lagi terus ambik phone nak check ade orang komen ke tak status aku. teruk betul aku rasa. macam kemaruk pak pandir.

dan lagi, aku takdala nak impromptu update status bila aku marah-marah. i can take time to cool down and find that tak perlu pun nak luahkan kemarahan di mana-mana pun. rilek je. eventually what have started will end. hujan pasti berhenti kata m nasir dalam lagu apokalips tu kan..nothing lasts forever.

aku tak bercadang nak merapu panjang-panjang pun dalam entri ni sebab without fb, aku rasa takkan ramai orang perasan blog aku ni dah. anyway im going to keep writing coz i honour a few people yang memang rajin baca apa aku tulis. and i know they read because they care about me. and i love you too!! 



tapi ada jugak yang baca sebab nak jadi stalker. haha, suit yourself la dear. i have a good life and i don't blame you if u have a life that sucks. to have a good life you must learn to love what you have and let go what are not meant for you. count your blessings. bersyukur. simple word tapi tak ramai yang tahu macam mana kan? ;) 
kita tak perlu 'menjerit' kepada dunia yang kita sedang bahagia sedangkan hakikatnya ...well...u know urself kan?
kebahagiaan tu akan terpancar di wajah and reflects in our attitude towards other. 

bak kata fynn jamal dalam lirik lagu yang ainan tasneem nyanyi tu, 150juta, "buat apa dicerita bahagia kita rasa"... if u re too keen to let people know u re happy than probably u r not that happy yourself. and you not lying to anybody except urself. pathetic kan camtu??

oklah, aku ada banyak lagi kerja nak buat ni. 2014 will be a busy year for me. semoga Allah memberikan aku kesihatan yang baik untuk aku meneruskan apa yang aku rancang untuk tahun ini. and aku harap 2014 will be a good year for everybody else too. 

semangat tahun baru tu sentiasa ada walaupun takda nak buat azam sangat. semoga mengalirlah semangat tahun baru ni kepada semua orang yang baca ni. kita cari yang baik-baik dan tinggalkan yang negatif itu. 2013 have been a great year for me. and i hope 2014 will be better. sebenarnya, masa depan itu kita yang decide dengan apa yang kita buat hari ini. jadi kalau kita asyik merungut hari ni, adakah kita expect masa depan kita akan dapat uwang berjuta? memang takla kan.
                     if opportunity doesnt knock, then build a door-zig ziglar 

i'm starting my new year with lots of love, hope it lasts throughout the year!


oh by the way, ill be 35 this year in october. insya Allah kalau panjang umur :)

kbai!