Total Pageviews

Thursday, June 5, 2014

pantai timur ....satu catatan perjalanan..part1

hai heloooooo

hehe assalamualaikum semua sayangs,

terasa nak bukak laptop and write something pasal journey aku ke pantai timur a few days back. kira cam karangan aktiviti cuti sekolah la ni. nanti bukak sekolah kalau cikgu mintak boleh submit jela kan...hik hik.(oh gediknya gelak itttew)

okei meh aku nak story mory the morning glory kisah trip aku tu. maklumler aku ni jarang-jarang berjalan and cuti-cuti malaysia. ni pun sebab nak attend kenduri cikgu sekolah aku merangkap assistant aku kat library. memang tak patut sangat kalau aku tak attend kenduri dia. she is very nice and sangat helpful. so ke kelantan pun aku redah to show my token of appreciation.

awal sebulan aku dah booking hotel kat agoda. aku memang plan nak lalu terengganu, overnite then go further up ke kota bharu. aku suka lalu terengganu sebab aku suka laot. mula-mula aku belasah je booking hotel, nak pergi ngan sapa pon tatau. apa-apa hal kna booking hotel sebab bila booking kt agoda tu dapat half price. siap booking dlu bayar kendian. so aku tengok tarikh byr dia tu lepas gaji, maka laju jelah aku booking felda residence kt kuala terengganu tu. so settle booking hotel, maka barulah aku cari geng nak pergi. memang agak mencabar ler sebab cuti panjang so masing-masing dah plan nak balik kampung. and kena cari yang bujang ler. perhal plak nak cari yg dah ada family kannn. akhirnya, adalah 2 orang kawan yang boleh pergi. yang sorang tu si sarah, dia mmang pergi bercuti ke tganu on that date, so aku pergi jemput dia kt tganu nanti. dari kl plak nasib baik ada suzana nak join skali walaupun dia orang raub. so settle masalah cari kawan. and bila aku ajak anak murid aku yang form 5 tu, dia pun nak ikut. the more the merrier bak kata orang kampung nenek aku kan.
okei itu mukadimahnya. 

pada hari kejadian, yakni bersamaan 1 june 2014 hari ahad, maka bertolakla aku dari K.L kira-kira jam 730 pagi. aku gi ambik si shazmin anak murid aku tu, then pergi ambik suzana kat wangsa maju. oh trip aku adelah bersama 3S, shazmin,suzana and sarah. kitaorang breakfast kat rnr genting sempah. murah gak nasik lemak taruk telo dia rm2.50 je. and boleh tahan la sedap. masa nak breakfast tu aku nampak pelakon cina tu, ape ke nama dia, angeline ape eh, yang berlakon citer isteriku doktor suamiku jururawat tu. tapi aku jeling2 je la. takdela aku pergi kat dia nak selfie2 ke ape kan. baik aku selfie ngan nasik lemak. tp tak sempat gak sebab aku lapar gile time tu.  

ok dah settle breakfast aku pun continue la journey lalu LPT sampaila ke kuantan. aku exit kat kuantan sebab nak lalu cherating. kan nak lalu tepi laot. cuaca pun okei. tak hujan and tak panas sangat. cumanya banyakk betul traffic light negeri terengganu tu. traffic light plak lama-lama sampai aku rasa kalau ada nasik lemak boleh abis sebungkus tuuuu. 

mula-mula aku pelik gak apehal hari ahad pun banyak sangat kereta. oh lupa. terengganu kan kejer pada hari ahad. apela ngeng sangat. biasalah, tu orang tua-tua kata jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman ye dak? 

tapi agak frust la sebab byk construction nak besarkan jalan sepanjang tepi laot tu. kalau dulu-dulu kan ade orang juai kopok la sata la, ni takde pun. nak singgah beli pun tak dapat. sudahnya bli sata tu kt kelantan masa nak balik KL. 


jem di kemaman. grr!

aku kan pemandu berhemah, so memang 8 jam jugakla nak sampai ke KT tu. kesian si sarah tunggu kt lobi hotel seri malaysia tu sampai lemau. family dia dok situ sebelum ni and dah balik tinggal dia kt KT tu. yelah aku kan menikmati pemandangan kehkeh. oh felda residence tu dekat je ngan seri malaysia. selang 3 bangunan je kot. so sampai kol 4 tu kitaorang check in la dulu. oh walaupun aku dah buat full payment pakai crdit card, still kena deposit rm50. selama ni aku rasa takde plak hotel gitu, ke aku yang tak ingat sebab dah lama tak pergi bercuti kan. 



memang macam dalam gambar promo dia

dah siap check in lepak-lepak kejap solat etc, pastu keluar balik. dalam kol 5 gitu. nak pergi makan sebab dah lapar gile. tapi malangnya aku tak jumpa kedai makan. macam susah nak cari kedai makan dekat-dekat area hotel tu. kalau ada pun macam susah gile nak parking. pergi pasar payang pun kedai makan dia dah tutup sebab dah petang kan. so beli jela keropok lekor kat area pasar payang tu. lepas tu pergi cari keropok lekor kat bukit tok beng, area seberang takir kot. sarah dah tempah siap2 kat situ. katanya kopok leko situ kena ambik nombor kalau nak beli. so sebab sarah dah sampai dulu sehari sebelum jadi aku mintak dia orderkan. ei tak kuasa aku nak ambik nombor macam sepital tu. cukup2la aku pg spital ade nombor. so settle ambik kopok tu barula kitaorng continue journey cari kedai makan. nampakla satu kedai makan ni, benti jela sebab lapar gile kan. okla jugak nasik goreng dia. oh sebelum tu aku excited nampak smk ibrahim fikri. err sekolah ni ade kaitan ngan datuk kawan aku. kedai makan tu a few metres away from the school. so gigihla aku jalan kaki pgi depan skolah tu ambik gamba gate dia kan. mujur tak selfie masok muka aku skali. kang pelik plak orang seberang takir tu tengok aku heh heh. dah la jalan sorang-sorang maghrib2 tu. hah time tu dah maghrib. 




so after makan aku pun gerakla balik hotel. minyak ade quarter lagi tapi nakla jugak isi. tapi seriously susah gile nak cari stesen minyak kat kuala tganu. ke aku yang tak perasan. tp ada 3 lg dalam keter tu kan. takkan la dorang pn tk perasan. kalau ada pun mesti opposite way. malas la aku nak cross kan.
last2 gunala gps nak cari stesen minyak. yang menyakitkan hati, aku type la shell kat gps, tapi nt lalu depan caltex la esso la, and opposite gak. gps ni suka menipu aku. benci taw! paling takleh blah, dia bawak aku masok lalu celah-celah kubo /jirat cina. nama jalan tu jalan pusara. choi!! mujur tak mati enjin ke abis minyak ke gelap2 tu. gile ah. mujur ramai dalam kereta. memang kitaorang seram tapi bantai gelak sakit perut dalam kereta tu. menjerit2 marah kat gps. mujur gps tu tak balas balik. kalau tak......haruuuu.

okei selesai isi minyak kitaorng gerak la balik hotel. dan sangat sakit hati. rupanya ada caltex opposite the road depan hotel yang memang kitaorang bleh sangat nak lalu kalau stkt nk isi minyak. sajela tu nak suruh aku pusing bandar k.t kannnnn. huh kot jumpa abangg hensem takpelaa gakkkk. balik tuu mmang penat. nak jalan-jalan kat waterfront tepi hotel pun dah tak larat. semua waterfront dalam mimpi jer...

okei sekian dlulah...dah panjang sangat nanti boring plak. nanti kalau rajin aku sambung cite lagi....

tata!
bersama seko penyu yang aku beli kat pasar payang. aku bg nama dia EM. :p