Total Pageviews

Friday, March 28, 2014

salam Jumaat

salam semua di jumaat terakhir Mac 2014

lama gile dah aku tak update blog ni...kadang-kadang ada juga terniat nak update tapi tak berkesempatan. jadi aku merapu-rapu saja di status FB tu...mengikuti perkembangan semasa.

seperti yang satu dunia sedia maklum, sekarang semua orang tengah mencari dimanakah MH370, walau sisa walau sebijik dia blum lagi dijumpai.. macam-macam teori konspirasi dikeluarkan. dah macam baca fiksyen aku rasa kadang-kadang. aku taknak ulas panjang pasal MH370 ni sebab dah banyak ulasan mengenainya. lagipun aku bukanlah pakar dalam bidang aviation atau mana-mana bidang berkaitan dengan konspirasi yang diwar-warkan itu. bila kita bercakap benda yang bukan bidang kita, nanti kebodohan terserlah tahap maksimum. yelah macam tukang buat roti canai bagi resipi lasagna, agak2 jadi ke lasagna tu?? jadi jahanam mungkinlah. 

aku cuma nak ulas tentang pemerhatian aku berkenaan sikap-sikap manusia bila berkaitan isu ini. bila aku baca tajuk newspaper kt FB tu, aku akan tengok komen-komen manusia kat bawah tu. ramai yang komen je berdasarkan tajuk berita,baca pun tak. pada aku ni adelah kebodohan tahap petala ke tujuh.

kenapa? 
sebab sah-sahla kau tak baca berita sepenuhnya tapi jari kau laju je nak bagi komen. aku rasa ramai rakyat malaysia ni  berangan-angan nak jadi komentator kat tv ataupun mana-mana rancangan tapi malangnya tak apply pun job tu. last-last jd pengomen bongok kt FB. 

mula-mula berita kehilangan kapal terbang ni, aku pun rasa slow Malaysia ni dalam memberi maklumat. tapi aku tak terus menyalak-nyalak menyalahkan mana-mana pihak sebab aku bukan anjing. aku tengok dulu. perhatikan macam mana pihak kita handle the situation. and macam mana CNN ngan channel luar tu memanipulasi berita. adalah lebih baik kau duduk diam and perhatikan dulu sebelum mengomen apa-apa yang membuatkan kau malu dengan diri kau sendiri di kemudian hari. and sekarang aku bersetuju dengan apa yang kerajaan malaysia buat. biar slow janji maklumat itu sahih. 

tapi yang tak boleh blah, bila pM umumkan MH370 tu berakhir penerbangannya di selatan lautan hindi, pun ada jugak manusia maki hamun dia. cakap dia bodo la kalau tak sure kenapa buat pengumuman etc etc. aku pun tataulah apa manusia-manusia ni nak. bila tak umum kata lembab and simpan maklumat. bila dah umum cakap bodo, gelojoh, reckless. semua benda tak kenalah di mata mereka. 
 
pergila siasat sendiri kalau pandai sangat. serabut betul aku. 

sejujurnya aku bukanlah penyokong tegar kerajaan. ada yang cop aku pembangkng pun. biasalah orang cetek akal, bila kita tak sokong dasar kerajaan dikatanya kita pembangkang. kerajaan bukan maksum. dol betul. 

anyway, dimana ada kepincangan aku akan suarakan pendapat aku. dalam kursus. dalam meeting. or wherever yang aku rasa suara aku boleh didengar. yang salah tetap salah. aku masih tak puas hati dengan sistem pendidikan malaysia. tp letak tepi sekejap isu tu. sekejap je. i will get back to that sooner than u think. 

sebagai cikgu, aku telah terbiasa, jika benda baik kita bagi pujian dan galakan dan jika benda salah kita betulkan. itu jugak yang aku apply dalam kehidupan harian aku.

kalau kau nak kondem setiap masa, itu menunjukkan kelemahan diri kau sendiri. kau tak boleh nak extract kebaikan daripada keburukan yang ada. kalau kau keep on condemning, boleh mendatangkan kebaikan kepada diri kau ke? tanyalah diri kau sendiri semula. u know yourself better. 

sekarang, si sepet2 di negara tembok besar tu sebok nak boikot malaysia. aku tak heran sangat dengan si sepet-sepet ni. walaupun mereka adalah antara bangsa-bangsa awal yang memulakan tamadun tapi sayangnya mereka meninggalkan legasi yang cetek akalnya. apa yang mereka nak salahkan malaysia? kita ke pergi humban kapal terbang tu dalam lautan hindi tu? tapi mengenangkan kebodohan-kebodohan mereka sebelum ni, aku takdela nak heran sangat dengan tindakan bangang mereka itu. yelah, kalau korang baca ada orang kena langgar tp kena biar, kat mana tu ek? kalau korang baca kucing peliharaan kena rebus, kat mana tu ek?? kalau korang baca budak tersepit celah katil n mati, kat mana tu ek? kalau korang baca bayi kembar, salah sorang kena buang kat gunung sebab taknak anak ramai, kat mana tu ek??
yes, semua ada satu jawapan je untuk soalan tu. jadi nak heran apa kalau tiba2 tak memasal2 nak boikot kita. gila sawan pnya orang. 

tapi do not mistake them dengan kawan-kawan kita di sini. yang senegara dengan kita. some of them, they did very best to back us up bila kita dihina oleh CNN(celaka natang network) tu...and i know ramai yang nak hidup aman damai. kenapa nak bergaduh-gaduh? sapa yang untung? orang luar gak untung kan?? darah pendekar tu simpan dulu untuk perkara yang lebih patut. jangan cemarkan darah pendekar dengan akal yang senteng. 

tolonglah buka fikiran luas-luas. pandang jauh ke hadapan. sekarang ni kita dibuli oleh negara luar. ini masanya kita semua bersatu padu mempertahankan malaysia tercinta ni. malaysia bumi bertuah. lupakan persengketaan dalaman yang ada sekarang. or at least hold kejap. kau kalau adik beradik  bergaduh, orang nak bunuh makbapak kau, takkan kau nak terus bergaduh?? selamatkan mak bapak tu dulu. 

oklah. tu je aku nak bebel kali ni. sebenarnya aku nak kena update blog skolah. pergi update blog sendiri plak.
heh.

jangan lupa baca surah al kahf di hari jumaat yang mulia ni.

mwahhh!