Total Pageviews

Tuesday, July 15, 2014

suatu ketika dahulu di musim yang lalu

salam nuzul quran semuaorang...

harini mesti ramai yang gi jenjalan kan. shoppink raya. maklumlah duit bantuan kerajaan dah masok 500rm pastu KL pun dah cuti sekarang nuzul quran. sedar tk sedar dah 17 hari ramadhan berlalu. 

macam biasa aku ni bizi tak berkesudahan. apa jadi dengan blog picisan ni pon aku tatau. tp tengok ade gak yang datang ziarah. thanks la sapa yang sudi meluangkan masa untuk baca blog merapu aku ni...tempat aku merelease tension. abaikan je bahasa tunggang langgang aku ni.

lately aku sambung balik hobi aku masa zaman uni dulu yakni baca novel. banyak gak kerja aku tersangkut sebab baca novel. aku stress dengan kerja. i need an escapism. novel is the answer. love the novel ive just finished reading. novel tu bagi inspirasi untuk aku cari diri aku sendiri.
aku suka sangat author tu. my new favourite author i guess. 
somehow watak lelaki dalam tu mengingatkan aku pada someone. walaupun tak sama seratus peratus tapi adalah benda yang buat aku terkenang kat orang tu. and bila baca novel aku teringat zaman aku muda mudi dlu. yela, sekarang aku dah tua kerepot kot. orang nak panggil anak dara tua ke tak laku ke aku tak heran. dah immune. bukan aku kacau orang pon. orang kacau aku ade lah. semak jer. 

harini aku terasa nak bercerita pasal orang ni. heh umum sedia maklum aku tak de bf and tak pernah ada bf melainkan bf internet. hoh ni lain taun la aku cerita pasal dia. kali ni aku saja2 nak cerita pasal someone yang ada bagi kesan dalam hidup aku for years. tak pernah lupa. 

ok, here goes....
dulu zaman asasi aku selalu melepak kat cyber cafe. aku ambik asasi kt UM dlu. tah, perangai aku memang pelik sikit. tak macam prempuan sangat (sampai sekarang pun aku tak berapa perempuan, kasar semacam). aku suka main game. chat kt mIrc. chat kat website. tu la keje aku. pastu belajar pn ke laot. mujur tk pegi kelas pon aku lulus. tp lulus cam hampeh la. cukup2 bernafas je(aku menyesal smpai harini sebab buang masa time asasi).

zaman tu agaknye selamat lagi kot untuk jumpa orang yang aku tak kenal.
 tahun 1998.
or maybe Allah sayang kt aku, jumpakan aku dengan orang baik2 je.
so bila chatting2 tu, selamba je aku lepak ngan sapa2 yang aku tak kenal pon. siap dorang ambik aku kt kolej pastu hantar aku balik. tp memang syukur alhamdulillah semua yang aku jumpa tu jenis baik2, bertanggungjawab macam abang2. yes. aku hang out dengan lelaki yang aku tak pernah jumpa. harap kenal dalam chat jela. aku kan student so dorang ni baik hati bawak aku keluar belanja makan, lepak2 then hantar aku balik. (sekarang jangan buat dik, silap2 mayat awak je jumpa nanti)
nak kata aku lawa memang takla. sampai sekarang pun tak. dengan selekehnye. pakai tshirt short sleeve(zaman jahiliah) dengan tudung. jeans koyak2 dengan selipar jepun. camtu pun ada orang ajak hangout kan. kehkeh. yang ajak aku lepak tu plak brother2 yang balik dari oversea cuti sem dorang, bila next sem dia balik aku dapat coklat banyak. ya Allah bestnye zaman tu. tu yang jahanam study aku. 
selain dari jumpa personal, aku join gak gathering ni. abang2 ni gakla bawak aku pergi. aku mana ada kenderaan. masa tu first gath aku pergi kat salah sbuah hotel yang femes. maklumla masa tu yg chat kat web tu adelah taiko2 dari singapore. bila dorang turun ajak jumpa. aku join jela. semakkan diri. orang belanja kan. masa ni la first time aku nampak mamat ni. 
ya Allah hensemnya dia aku rasa time tu. dengan rambut panjang paras bahu. pakai kemas je. rupa cam chinese look. terkedu kejap aku tengok dia. sumpah jatuh cinta. macam tengok retis je. tapi dia tak pandang pun aku. dia sibok borak2 ngan orang lain. aku rasa memang dia takkan pandang aku pun sebab dahla aku selekeh ya amat kan. rambut dia cantik gile kot. lurus and berkilat2. kalah rambut perempuan. aku rasa nak tarik je rambut dia. tido malam termimpi2 rambut dia yang cantik tu.
aku tak rasa pun dia nak kawan ngan aku masatu. nampak cam anak2 orang kaya je. aku ni sapela kan. dahla selekeh tak rupa prempuan. prempuan2 lain memang vogue gile kot pegi gath tu. kate kt hotel kannnn. aku? bole selamba pakai selipar jepun. takde duit la nak bergaya2 and tak reti.  aku ingat tu la first and last aku jumpa dia. balik tu memang teringat2la mamat hensem tu. walaupun kt kolej aku ramai je abang2 senior yang hensem geng ngan aku tapi aku takleh lupa mamat tu. oh aku memang geng ngan abang senior. dorang panggil aku batgirl sebab aku slalu pakai tshirt batman putih. slalu aku tengok dorang jamming kt kolej. aku pun tataula knapa abang2 senior tu suka geng ngan aku. agaknye sbab aku ni half je kot pmpuan and bole bantai borak ngan dorang smpai pagi kot. dan aku bukan jenis menggedik. geli tgk pmpuan tergedik2 malu kt depan senior. aku kalau suka senior tu aku pg kt dia cakap " helo abang, suara abang sedapla, sila nyanyi banyak2 saya nak dengar lagi".  agknye tekejut kot jumpa junior sewel cam aku so dorang layan je aku merapu kehkehkeh. indahnya zaman uni. 
ok berbalik pada mamat tadi. balik je dari gath cam biasa la kitaorang borak2 ramai2 kat channel tu. oh baru aku tau nickname dia apa dalam channel. tk pernah perasan pn sblom ni. ntah cemane kitaorg leh jd geng lak dalam channel tu pas jumpa kat gath. and aku tak sangka dia perasan aku dlam gath tu. oh memang la dia prasan sebab aku paling selekeh. kahkahkah so ladies samaada jadi paling jelita atau paling selekeh sure orang akan perasan. :p

part paling best skali, dia ckp dia nk datang kolej and bawak aku keluar makan. what?? mamat hensem pujaan hati aku nak ajak aku hangout. wah wah. gembiranya rasa macam nak terbang. aku cam tak caya pon ada. tapi bila aku tengok dia depan mata datang ambik aku, wow rasa cam prince charming datang. walaupun aku tkdela princess sangat kan. cam tukang cuci kereta kuda adalah. kehkehkeh. lantakla janji aku dpt hang out dengan orang yang aku adore. gile best woi orang yang kita minat layan kita. ala cam sekarang la fans Encik Mimpi meroyan bila EM balas komen dorang. auww. eh tetiba EM enterprem plak aih.

and kitaorang jadi rapat.
adui. 
susahnya nak tahan hati. dapat lepak ngan orang yg aku suka cam nak rak. crush kot. kadang2 aku suka terperasan. eh bukan kadang2. selalu kot.
mamat ni baik sangat2.  cakap pn sopan santun je. kadang2 keluarla lawak sengal dia. tah apa2. tapi comel. oh dia tinggi. bukan comel kiyut kemetot tu.

 dia ni jenis semayang tak tinggal. jaga batas. 
oh walaupun aku hangout ngan lelaki bukan bermakna aku sosial oke. abang2 yg keluar ngan aku baik2 smua. kalau tudung aku nampak rambut pun dorang bising suruh betulkan. kalau pakai baju tak senonoh kena tegur pergi tukar baju. hohoho. nak pegang2 memang jangan haraplah.
pelikkan. wujud lelaki baik2 zaman tu. semua dorang ni family aku kenal. aku selalu bawak balik kawan2 aku jumpa bapak aku. so kalau ko lelaki and aku bawak balik jumpa bapak aku, itu perkara biasa. bukan nk buat laki aku pun.

mamat ni rajin bawak aku jalan2. lepak2 ngan member kitaorang. so lama2 hang out ngan dia mmang la aku rasa lain kan. gile tak perasan weh. dia layan aku cam princess kot. kalau aku lapar, aku call dia ajak dia teman makan, kadang2 dia dah makan kot tapi datang naik moto ke um tu and teman aku makan kt cafe bawah kolej tu. aku segan sebab ramai lelaki. masa tu aku dah pndah kolej lain jd tak geng ngan senior laki kolej tu. kalau kolej lama aku tak heran. tkde benda nak segan pn. mamat ni datang tengah2 malam buta  semata2 nak teman aku makan and borak2 ngan aku. macam2 pasal life aku belajar ngan dia. paling aku tak lupa dia ajar aku pasal perspektif hidup. masa tu depan kitaorang ada kotak rokok sapa tah. dia pegang kotak rokok tu and cakap " hang tengok dari blah sana, aku tengok dari side aku, mana nak sama kan apa kita nampak? tapi kita tgk benda yang sama" so ive learned to respect people's perspective sebab dia yang ajar. thank you cikgu! banyak dia ajar aku sebenarnya. 

ada jugak kitaorang jalan2 gi main boling. aku tak suka boling. tak reti main. tapi diala cikgu aku. dia terer kot. memang dia menang saja la kalau main ngn aku kan. aku  ni nampak je brutal tapi kadang2 datang mengada2 manja aku tu memang rasa nak lempang diri sndiri. ingat lagi masa tu aku pakai kemeja lengan panjang, selekeh la kan dahla tak button lengan. encik mamat ni siap lipatkan lengan baju aku. mengada tak?? ajar cara camne nk pegang bola boling yg berat nak mampus tu. oh zaman uni aku krempeng je. 50kg je kot. 
jd bola boling tu adalah satu azab untuk aku. 
ada masa aku jalan2 je takde tujuan ngan dia. merayau2 kat bukit bintang. petaling street. jalan dalam hujan sebab malas pakai payung. oh romantiknya. kahkahkah. bongok betul nak perasan2 romantik time tu kan. siap teringat lagu kopratasa

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

haha!!!
ade sekali aku pergi konsert. balik malam2 buta. masa tu dia tak drive. dok blakang ngan aku. aku ni kalau mengantok bukan peduli apa dah. siap tido atas riba dia. tapi....dia alas dengan tangan dia. memang lenguhla kan. kesian dia. 
heh ingat senang dia nk bg orang tido atas riba dia. lantakla tido camne pn aku peduli apa. janji tido. dahla penat melayan konsert artis kesayangan aku tu. actually dia yang minat dlu then aku menyebok2 gak minat sekali sebab aku minat dia. kihkihkihk (gedik!!!)
and he is very protective. dengan dia always aku rasa selamat. balik la pukul berapa pagi pon.

ok disebabkan aku ni brutal and tak tahan la nak fefeeling sengsorang, maka aku pn dengan selamba badaknya bagi dia kad. cakap kt dia, aku suka gile kat dia. tpi tkdela ajak dia couple. aku kan ada bf internet bongok time tu. just to let him know how i feel. aku kan jenis tak suka feeling sorang2 ni. macam aku selamba bagi bunga kt abang BGM tu... lepas bg kad tu ada dua kemungkinan. dia taknak kawan aku dah sebab malu or dia akan jd bf aku. hahahah! jeng jeng jeng.
rupa2nya dua2 pn bukan. dia cakap dia sayang aku as adik dia je. ok tkpela, aku ok je. as long dia tak lari dari aku ...tu pun dah cukup baik kan.... tapi lepas aku bg dia kad tu, aku rasa dia lagi baik ngan aku. mmg dia layan cam princess sangat2. mcm adik kesayangan dia. oh tuhan. best gile rasa time tu. blajar pn happy jer heheeeee. (ye ke belajar. macam tak je) huhu. walaupun aku tau dia minat or ada scandal ke apa ntah ngan ada pmpuan lain dalam group chat tu aku peduli hape. janji dia layan aku balik dahla kan.

Ada skali tu, aku ckp kt dia aku suka nama dia. Nt kalau aku ade anak aku nk letak nama dia kt anak aku. Dia bole ckp apa tau? " kalau nama bapak dia gitu, camne hang nk letak nama anak hang nama tu?" Oh damn. Saja nk bg aku perasan ke apa mamat ni!!! Rasa ada dinosor dlm perut time tu.

then, biasalah....saat yang bahagia datang sekejap saja bak kata p ramlee. aku sakit. pastu aku banyak dah tak ingat apa jadi. and dia pn masok ipta time tu. bila masok ipta dia cam berubah sikit. maklumla orng hensem, kaya. mstila ramai yang nak kan. and dia pon sibok tkde masa untuk aku dah....sebab aku sakit aku tak ingat sangat dah what really happened and kitaorang lost contact....


***



hehe tak abis situ. a few years back, aku jumpa dia balik. selepas 10 taun tak jumpa. dia dah tembam. haha dah tak hensem sangat. tp ada karisma dia sendiri. and belom kawen. kehkehkeh. walaupun dah 10 taun tak jumpa, he is still a good friend, senang nak mntak tolong apa2 pn. 
aku rasa dia tau siapa dia kalau dia baca entry ni. hahaha! tapi aku yakin dia tak baca. dia manada masa nak baca benda2 mengarut ni.

to u my dear, u r the best ever friend ive ever had. walaupun hang kadang2 buat lawak ntah apa2 tapi aku still enjoy it. and thanks sebab slalu tolong aku. tak tinggalkan aku zaman aku luahkan perasaan tingtong aku dulu. jangan lupa jemput aku bila hang kawen nanti. 

sekali aku sayang orang, sampai mati aku sayang :)



kbai! 

p/s : merapu tu merapu jugak. jangan lupa doa untuk saudara kita di palestin. semoga mereka dapat lumpuhkan tentera israel laknatullah tu. amin.