Total Pageviews

Thursday, December 25, 2014

have u been notty or nice this year??

heheh
poyo je tajuk....yelah slalu dengar tu dalam citer sempena kismes kan. konon2 santa nak kasi adiah la....


tapi aku pelikla kalau orang tu asyik notti jer all the year thru...tak kira la ko agama apa pun.bukan ke setiap agama menuntut untuk kita berbuat baik sesama manusia?



hurm pada aku la kan, manusia ni fitrahnya sukakan kebaikan. jadi kalau fitrah ko tak suka kebaikan, ko pastinya syaitan kan? tak pun sekutu dia la kot...



harini aku nak bercerita pasal karekter manusia yang aku rasa psiko atau mempunyai masalah jiwa yg kronik..biasa kita jumpa dalam drama melayu ataupun dalam sinetron kan kan?

tapi dalam real life pun ado,... tak caya ko tengok sekeliling ko..


ada jenis manusia ni, bila dia rasa terancam, mula la dia mereka cerita yang bukan-bukan. ayat biasa yang ko akan dengar dari orang camni adelah 

'aku dengar dari mulut sifolan n sifolan ko mengata aku'.

 takpun dia akan cerita kat orang lain camni,

' banyak dah orang ngadu kt aku si syakira(main petik je namani) tu mengata aku kat belakang aku.'



masalahnya : dia tak pernah bg nama pun siapa yang banyak orang tu, ataupun, dia takkan menamakan sifolan mana pun.

sebabnya : itu hanya imaginasi dia saja. 


ada masalah mental kan?



lepastu dia mulalah menyebarkan jarum hasutan dia. private message sana sini segigih boleh menyatakan dialah manusia yang teraniaya. dan yang aku paling pelik, ade plak sibodoh boleh mengikut dan percaya kata dia? ya ALLah, kebodohan membawa malapetaka derr.....



kalau ko nk jadi cerdik senang je, ko tengok si A ni berapa banyak dia mengumpat si B dan kendian ko tengok si B ada respon apa, and berapa banyak dia ngumpat si A. kalau si B tak pernah pn cakap apa2 pasal si A tapi si A yang terlalak2 mengumpat si B, dahtu ko takleh pakai akal lg nk tengok sapa yang betul?


what s wrong with u? common sense please?


kalau aku jumpa orang camni aku diam je. lantak dia la nk meroyan camne pon. nk buat hasutan ala gerila macam mana pun, kerana satu je aku ingat doa orang yang dizalimi tiada HIJAB.

jangan main2 oi. 

tu janji ALLAH. 



pastu, ade lagi ciri-ciri orang saiko ni. dia bajet berlagak seperti Tuhan. boleh jatuhkan hukum sesuka hati. 

oh aku tak suka orang ni, dia tak sesuai kawan ngan kawan aku tu. dia ni jahat di mata aku. mesti kawan aku tu pun tak suka dia juga.



kesian aku dengan orang camni. tahap insecure dia kronik sangat dah. biarlah kawan kau tu buat pilihan dia sendiri. dia ada life dia ada taste dia. kau sapa nak tentukan hidup dia? kau ingat kau boleh control semua benda? pathetic gile la kau ni. walaupun kau syok tahap petala kt kawan kau tu, (provided lain jantina kat sini), kau takkan boleh control segala2nya. u shld be a friend not a control freak. and if aku jadi the other party, aku akan bertegas dengan life aku. nobody is in control of my life except me. aku boleh dengar nasihat mintak pendapat tapi aku tak suka orang control life aku. kalau kau kawan aku, kau akan sokong aku bila aku memerlukan sokongan and betulkan silap aku dengan cara memberi pandangan universal. bukan hasut aku untuk kawan or tidak kawan ngan sekian2 manusia. 





and orang psiko ni juga suka update status fb meroyan pasal orang lain sebab dia pengecut. terlalu pengecut untuk berhadapan dengan orang yang dia tak suka tak tentu pasal tu... lalulah dia seperti kayaknya mengalami penyakit anjing gila. menyalak sana sini.



di saat-saat negara ditimpa musibah ni, banyak2la muhasabah diri. bersihkanlah hati kita ni. jangan lupa malaikat kiri kanan juga mencatit. jangan rajin sangat nak menyebar fitnah. benda orang tak buat tapi sebab ko berhalusinasi maka kau kata orang buat.



kau kena ingat, kau nampak baik di mata manusia sebab ALLAH tutup aib kau. kalau ALLAH nak buka, sekelip mata saja.



orang gila dan sakit mental saja akan buang senarai nama orang yg berkawan dengan orang yang dia tak suka. macam budak2 kecik zaman sekolah dulu. tapi budak sekarang pun dah tak buat. kira dia lagi terencat la. 


kalau orang yang matang dan dewasa, dia tak kisah sapa pun yg dalam senarai kawan dia tapi dia tau siapa sebenar2 kawan dia and cherish that person. 


manusia ni takda yang sempurna. kadang2 seketika kita ada tak puas hati even dengan best buddy kita sndiri. aku tak kisah pn kalau ada dikalangan kawan aku yang termengumpat aku bila dorang tak puas hati. tapi aku akan perhatikan sapa yang tukang menyampai tu. orang tu la yang jahat macam syaiton sebenarnya. 



untuk seorang kawan aku yang selalu jadi mangsa si psiko tu,



sabarlah dik,

orang fitnah awak sebab dia dengki
sebab dia busuk hati
dia nak simpan hamba ALLAH tu sorang untuk dia 
haruslah letak dalam poket.

yang HAMBA ALLAH sorang tu plak, dia patut tau macam mana nak control kawan dia yg gila meroyan tu. kenal dah lama tak semestinya dia kawan terbaik kita. ni pesan untuk dia;




ok, jadilah orang bijak dalam memilih kawan. 





Sunday, December 7, 2014

sedalam mana cinta

wahhh...tajuk entri...acah jiwang sangat kan...

ish...taklah. gimik je tajuknyer
anyway, dah bersawang-sawang blog ni ha...thanks la spidy2 yang sudi berkunjung ke blog aku yang dah bersawang ni....

assalamualaikum dan salam sejahtera

ok its the final month of the year...
december.
and hari ni december 6th, birthday anak buah aku irfan yang kedua tahunnya, dan hari ni cukup umur aku 35 tahun 2 bulan ...heee aku pun lahir 6hb gak, tapi dua bulan lepas lah....

lama aku tak merapu meraban disebabkan sibok yang teramat dan juga malas nak on laptop. biasa aku on laptop untuk buat kerja-kerja official saja. kalau dah merapu-rapu ke blog karang tak siap plak keje aku...

ni pun setelah 2 hari keluar hospital dan berehat-rehat sepenuhnya di rumah barulah aku rasa nak membuat satu entri. tu pun sebab aku tak puas mengomen di twitter dan fb pasal cerekarama aku tengok tadi. 

ha ah citernye aku nak ulas cerekarama je ni .....kehkehkeh

ok mari kita ke tajuk utama untuk hari ini....wah...skema tong betul

sedalam mana cinta...



haritu lagi aku dh tengok treler (tatau ejalah) kt tv3 tu....so memandangkan aku pun takleh nak kemana-mana sangat selepas buat renal biopsy, maka aku pun tercongok la depan tv tengokla semua cerita yang ada termasoklah cerekarama tersebot.

pergh....aku rasa inilah cerita melayu terbaik yang aku pernah tengok so far..walaupun adela sedikit flaws sebab si uqasha tu dah pakai tudung, patutnya tayahla si pokjue tu nak pegang2 sangat walaupun wataknye suami kannnn...tak pegang2 pun bole nampak loving juge ye dak? anyway, untuk yang tak berpeluang tengok bolehlah tengok semula kat tonton. sangat recommended. 

meh aku bg sinopsis citernya, kisahnya nmpak cam simple je tapi semua pelakon membawakan watak dengan baik maka aku terlebih menghayati plak citer tu. lagipun aku mmg minat lakonan pokjue tu, selain dari kiyut dia memang best belakon. dan aku juga respect dia sebab dalam real life dia sayang amat kat wife dia walaupun mulut2 puaka dok sebok mengata. bertabahlah pokjue! eh lari plak sinopsis

okei kisahnya simple je, si pokjue ni wataknye ashraf, ade wife yang sakit cancer, namanya zaliya. panggilnya zal aje. mereka ni mula-mula ada masalah kewangan nak membiayai kos perubatan zal ni sebab opis si ashraf ni kedekut nak mampus. sampai si ashraf ni kena buat keje part time kat carwash. (hish hensem bebenor org cuci keternye, belomle aku penah jumpa lagi ) kihkih...i ashraf ni plak mmang sayang gile la wife dia. sanggup buat apa saja keje untuk dptkan duit utk ubatkan wife dia tu.

ditakdirkan satu hari tu, si ashraf ni menyelamatkanla seorang gadis dari dikidnep di kawasan parking lot di tengah malam buta. gadis ni plak anak orang kaya. anak dato gituuu. so terjatuhla chenta gadis ni tadi pada ashraf dan dengan konfidennya membuat telahan yang ashraf ni belom berkawen. (suka-suka dia jek ingat org tu belom kawen, hensem kot, cer tanya betul2 len kali)....

si ashraf ni plak, bukan niatnya nak mengkelentong si gadis dan family dia tentang status kebujangan dia, tp setiap kali dia nak cakap ade je halangan. dan si gadis ni tadi,(namanya roza), cam ala2 terhutang budi sampai terjatuh hati kat ashraf ni. --yelah hensem kau, prince charming jd hero, gile tak jatuh hati---
kebetulan si papa roza ni menawarkan kerja yang bagus kt ashraf, so memang ashraf tu perlukan duit kan utk wife dia yang sakit td. kalau aku jadi ashraf pn, mungkin aku pun berat nak jadi jujur. cumanya, keyakinan kita pada rezeki dan takdir ALLAH saja akn buatkan kita jadi jujur dalam situasi camtu.

nk kata ashraf ni ambik kesempatan tak jugak. walaupun pada zahirnya begitu, sampai watak adik ipar dia plak yg menyebok lebih2. jahat benar abang iparnya di mata dia sebb curang ngan kakak dia.  dia terdesak, dan dia berkorban sebenarnya. dan pengorbanan dia tu buat roza tu happy sebab dapat suami hensem kacak bergaya lagi baik dan penyayang serta dapat la menyelamatkan wife dia yg zal tu dari cancer. dah dapat duit banyak, bolehla treat wife dia tu sampai sihat akhirnya.

cumanya konflik terakhir selepas 2 tahun, bila si zal ni dpt tau ashraf kawen lain, dan datang kt umah roza tu. roza pn tau laki dia ade bini 1st and kawen ngan dia sbb nak selamatkan si zal tu. so dua-dua wifey ni naik hantu ler. rasa tertipu. siapa pn akan rasa tertipu. aku pun pening pk mcm mana nak react dlm keadaan camtu (biasala aku suka masukkan diri aku dalam drama and tolong pk sama pdhal pengarah dah direct pon) kihkih

at one perspective, reaction wives dia tu mmg normal sangat. tp sampai ke detik si ashraf tu kat spital pun nak gaduh lagi, haih, memang takleh pk straight dah bebini tu. padahal laki dia baik je, layan elok je dua2 bini tu. masing2 nak kan laki tu kat dorang jer. pompuan biasalah kannn..

tapi yg terbaik adelah nasihat mak ayah dia. sbb nasihat mak ayah tu la dedua bebini tu tak gaduh dah...masa tu roza pun dh lahirkan anak ashraf lg sorang. syahdu je tengok dua bebini tu berbaik.

aku rasalah, dalam konteks camni, mula-mula memangla hangin laki tu kawen lain tak bgtau. dah aci menipu dah tu. tp tengokla pulak kenapa dia buat camtu. and laki tu baik, bukannya dia tipu sana sini untuk kesenangan dia.

aku tatau la dalam real life ade ke tidak lelaki baik camtu and sanggup berkorban.  masalah ngan pompuan ni bila sebut pasal poligami mulala sentap. 

macam dlm kes ashraf ni, mmg dia salah la tak berterus terang tapi dia pun ada reason dia yang dikira kukuh la jugakkan untuk buat camtu. cumanya apa-apa pun elok sangatla kalau dapat berterus terang n berbincang cara baik.

memang dapat byk pengajaran dari cerita ni. so far ni la cerita melayu yang hampir flawless dan jalan ceritanya menarik sangat utk difikir-fikir.

ha jangan ingat bila aku tulis camni, aku nak kawen ngan laki orang. mintak dijauhkan. setakat ni kalau aku tau orang tu laki orang, memang aku takde selera terus dah. kalau dia menipu tu lain cerita, and sengaja menipu. memang silap2 masuk metro ade lelaki mereput kat tiang lampu kan. hakhak. 

cumanya, sometimes for the right reason, ada hikmahnya ALLAH benarkan poligami tu. cumanya, lelaki2 tu kena fikir la nak poligami tu atas alasan apa.. and agak2, tanggungjawab ngan bini pertama tu dah perfect sangat ke??

anyway, aku ada dua mak sebab bapak aku kawen dua ;)
mak betul aku dah meninggal 14 taun lepas.
bila mak aku meninggal, aku sakit, mak tiri aku jaga aku.
so pada aku, it actually depends on how you handle the situation.
hal orang tua-tua aku tak masuk campur. yang pasti adik beradik sebinti sebin aku semuanya rapat-rapat dan alhamdulillah we live a happy life.

al fatihah untuk mama.