Total Pageviews

Wednesday, July 15, 2015

I Love Malaysia

salam akhir ramadhan....

hola2....sekejap je kan masa berlalu, dah berapa hari lagi nak raya. sedih plak rasa ramadan berlalu pergi...aku memang suka bulan ramadan, rasa aman damai je bulan ramadan ni, terutama kat negara kita ni. boleh beramal ibadat dengan tenang, boleh buka puasa dengan makanan yang sedap-sedap. ada orang tak dapat berbuka puasa pn kan? 

despite all the political issues, aku still rasa malaysia ni masih tempat yang baik untuk didiami. yelah maybe aku ni katak bawah tempurung, tak pernah berjalan ke negara orang pun. tapi, ikut suka aku la kan. dah aku suka negara aku, ko nak cakap apa??

tapi kedamaian ramadan tahun ni dicemari dengan insiden pergaduhan yang tak sepatutnya berlaku. pastu ditokok tambah isu perkauman. serius aku rasa nak hempuk je kepala sapa yang mula tu, tak kira apa bangsa pun dia. 

tak cerdikla korang, korang bergaduh macam nak rak, ada orang tepuk tangan and intai-intai peluang nak jahanamkan keharmonian kaum kt malaysia ni. konon maruah bagai. kepala hotak kau la. citernya ko ego je. rasa superior. ego tu sifat iblis la dol. ko tak belajar agama ke camner ni?? ko tak belajar sejarah? sebab bergaduh raja-raja dulu, penang dapat kat francis light? tu la masa kelas sejarah ko tido, pstu komplen cikgu tak pandai mengajar. ko yang malas nak belajar, macam2 alasan la ko create kan. pastu tak belajar dari sejarah. hish...geram plak aku....maaf dulu, entri kali ni memang aku nak luahkan sakit hati aku.

ye, aku tak pernah pergi negara lain, tapi aku lahir dan membesar di malaysia ni. tanah tumpah darahku, air mata, keringat dan segala jenis cecair la. (ops ko pikir bebukan aku hempuk kepala ko). aku ni sekolah rendah dengan anak-anak orang asli batu 12 gombak dulu, and im proud that aku dari sekolah rendah lagi dapat pendedahan begitu. terima kasih kat mak bapak aku sebab hantar aku kat sekolah tu. dari situ aku belajar untuk hormat budaya kaum lain. seawal darjah 1. 

bila aku masuk U pun, kuota U aku tu 50/50. so ramai kaum lain belajar sekali. aku takde masalah pun belajar dengan dorang. kadang-kadang aku terinspire dengan kerajinan dorang tu. tapi kadang-kadang jelah, most of the time aku tak rajin. heh heh. main game ngan chatting je rajin. :p
bila final year, aku buat project careerfair, pioneer project tu. CP04. geng-geng aku mostly chinese masa tu. kitaorang redah turun naik bangunan nak mintak sponsor untuk booth kitaorang masa tu. dorang kaya dari aku so aku naik keter ngan dorang. memang best gila masa tu. tak kira pun ko cina aku melayu ke apa. tapi aku dah lupa la nama-nama kawan aku tu. i am really bad with names. ampun! lelaki la mostly dorang tu. dorang jaga aku baik-baik masa aku keluar cari sponsor tu. hantar sampai depan kawasan umah sewa kat vista masa tu. 

then, bila kerja pun aku jadi research assistant for a team of doc. so team ni campur-campur bangsa gak. i really had fun working with them. tak timbul issue buli ke apa. they treated me very nicely. in fact, masa dorang nak meeting, aku yang tukang beli makanan kat delifrance tu. dorang bagi aku duit, belila apa aku suka untuk meeting tu. nt aku gak makan. sbb doc semua sibuk bermeeting, aku R.A je, so kejer aku mengunyah je dalam meeting tu. bila keluar buat field work pun, kitaorang multiracial. doc tu sedaya upaya cari tempat halal utk makan so aku boleh makan sama-sama. dahla memang dorang selalu belanja makan.  after aku dah quit pun, aku still keep in touch ngan sorang lecturer chinese ni smpai bertahun. dia trust aku untuk tolong dia ngan research dia. Dr Claire.ha yang ni aku ingat nama sebab lama aku kerja ngan dia, even lepas aku jadi cikgu pun, a few years aku still tolong dia. banyak pengalaman aku dapat. dia tak pernah sekali pun marah aku. bila aku silap dia tegur aku elok2. siap ajak aku pegi party krismas dia sebab dia dah order turkey halal untuk aku. aku je tak dapat pegi. kesian dia susah payah untuk aku. aku penah lepak umah dia makan ngan dia semua. and dia tau halal haram dalam Islam. kalau tatau dia tanya. 

then aku masuk KPLI, sini pun kami campur2 bangsa. aku slalu basuh kain ngan sorang amoi ni. borak2. tah kenapa timing kitaorng basuh kain slalu sama. yang paling terkesan kat hati aku, masa aku nak final exam aku demam teruk. kawan-kawan lain semua sibok study. coursemate aku, seorang chinese, nama dia Tang Meow Ee, aku ingat sangat sbb aku suka panggil dia meow meow. hehe jahat aku. ha Tang ni, bila malam exam tu, dia datang bilik aku, bacakan nota sains kat tepi telinga aku, macam baca Yassin. orang lain semua sibok buat hal sendiri. aku tak katalah kawan-kawan lain tu teruk, aku faham sebab masing2 pun fokus untuk result bagus, tp Tang ni mmang extraordinary punya kawan la, sanggup sampai gitu sekali tolong aku. smpai mati aku ingat. tq Tang, i love you so much.
then dalam group KPLI aku pun ada india, yang sangat blend in ngan budaya kitaorang, dia pun slalu post dalam group benda-benda yang islamic smpai aku tengok dua tiga kali sapa penghantar message tu. sangat respect ngan dia.

sebenarnya nak cerita banyak je, takut takde orang sanggup baca sampai habis entri ni. kalau nak cakap pasal penipu, orang yang paling baik ngan aku dulu, melayu, pun menipu aku tak abis2. kalau dah tau, elak je orang macam ni. 

nanti adala badigol cakap, eleeeeh, sorang dua je baik ngan ko, pastu ko  nak kata dorang baik.
abis tu, yang buat taik tu sorang dua gak, nak kata semua jahat ke camner??

ntahlah, pada aku la, bukan nak cakap aku ni baik sangat, tapi macam pakar-pakar motivasi selalu cakap, aura tu datang dari diri sendiri. kalau kau bersangka baik, yang datang kat kau pun baik-baik jer. ade gak yang rasa dia bersangka baik tapi asyik kena dajal je, anggaplah itu Ujian dari Allah sebab nak uji kesabaran kau. Tuhan takkan uji kau lebih dari kemampuan kau. ingat tu.

dalam Islam tak pernah ajar suruh carik gaduh tak pasal2. aku rasa dalam pendidikan ISlam ada ajar kafir zimmi dan kafir harbi. maafla kalau silap, tapi aku rasa ingat lagi belajar PI very the basic dulu. takde sebab kau nak cari gaduh ngan orang tak pasal2. tak kira la dengan bangsa sendiri ke bangsa lain ke. ramai je yang sebangsa ngan aku tiba2 maki aku kat fb sebab tak sependapat je. 
aku kesian orang macam ni sebab vocab dia tak cukup. yang dia tau bodoh bangang, kot up level sikit dia cakap omputih, stupid idiot. dia takde kemahiran komunikasi untuk meluahkan perasaan dia dengan betul. tak memasal je nak bangangkan orang.

ada gak aku baca, banyak belembut sangat melayu ni sampai orang boleh pijak-pijak kepala. haih la. ko ingat ko berdarah pahlawan tak kena tempat tu orang boleh respect ko ke camner ni??  cuba belajar sikit camner nak earn respect. rule paling simple, ko respect orang, then orang respect ko.

dahtu, akan ada orang yang akan cakap, camner lak Alvin Tan tu? dok hina-hina Islam? 
pada aku anjing menyalak bukit, tak jadi apa bukit tu.
jadi apa yg ko perlu buat adalah repair diri ko sendiri, bawak akhlak Islam tu dalam diri ko.  jadikan ISlam tu gah semula. bukan lawan maki hamun. sama level la citernye nantiiiiiii.

aku pun masih lagi belajar untuk tidak snap bila orang tiba2 carik pasal aku. masih lagi gagal selalunya. so this is a reminder for myself too.

ok maaf, panjang plak aku bebel ni. sbenarnya banyak lagi aku nak taip tapi aku nak pergi makan kuih muih aku beli kat pasar ramadan td. cukuplah panjang ni kot. terima kasih kerana membaca.

akhir kata,(dah macam surat kiriman tak rasmi plak)
jagalah keharmonian malaysia,janganla ego tak tentu pasal, bezakan patriotik dan politik.

kepada ahli politik yang suka melaga2kan orang tu, serius aku rasa nak lagakan kepala dorang ke dinding. huh. if only i have the power. 

eh bukan dah akhir kata ke tadi.
ok sorry sorry.

bai
i love malaysia
i love you.
eh. 
KPLI 2006 IPI, Ulu Kinta.





No comments:

Post a Comment