Total Pageviews

Wednesday, July 22, 2015

Isyarat Cinta

salam syawal 1436

haaa saje je letak tajuk gitu. takde kaitan pon dengan filem yang semalam tayang kt tv3 tu. nyampah aku cerita tu, tak memasal boleh switch penganten. hindustan sangat okay. kalau kat malaysia ni tak payah buat HIV test, tayah g kursus kawen buleh laaa nak main switch2 penganten ni beb. haihlaaaa. malas aku layan citer cintan tak berapa nak logik ni. nk buat berangan pun bikin potong je...maklumla aku ni banyak guna otak dari guna hati...kehkehkeh.

ok enuff about that filem.
terbuat ulasan plak. haiyah.

hari ni saja je aku nak bebel2. oh td ex bf aku msg aku. cakap selamat hari raya. yelah 19 july lepas bday dia. aku tak wish pun. malas nak wish sbb nanti macam mengacau dia plak. rupa-rupanya instinct aku betul, dia cakap dia nikah tarikh tu. heh nasib baik aku tak msg dia. aku harap dia happy dunia dan akhirat dengan pasangan dia tu. im happy for him. 

aku pun pelik dengan diri aku. takde la plak aku nak rasa sedih dia nikah ke sayu ke apa. nak sentap2 nangis dengar lagu 'pelamin anganku musnah'. 
lagi aku happy ade. ada lagu 'bananana' minion tu dalam kepala aku.
and expected dia kawen tarikh tu. 
masing-masing ada life kan sekarang, barang yang lepas usah dikenang. kehkehkeh. 

as i said before, ive lost the most precious person in my life, mak aku. jadi aku tak heran la kalau setakat ex bf aku kawen ke, orang yang pernah rapat ngan aku dulu blah gitu je ke. serious aku tak heran. takde rasa apa pun. in a way aku bersyukur sangat, sebab Allah constantly guide me supaya aku tak menyayangi makhluk lebih dari Pencipta. 

bila kehilangan sesuatu yang kita sayang, kita akan sedar dunia ni fana. takda apa pun kekal. aku sentiasa ada fakta tu dalam kepala aku. jadi itu guideline aku supaya tak obses dan berlebih-lebih suka and sayang sesuatu.

aku sayang kereta aku, 2 weeks lepas dapat aku langgar divider jalan. abis pecah skirt dia. so seawal itu aku diingatkan, kereta itu alat, jangan jadi hamba kereta. 

aku sayang orang, tapi orang tu tak selamanya ada ngan aku. and tak selamanya orang akan sayang aku seadanya aku. so just build up good relationship with everybody and buat kerana mengharap redha Allah dan niat menjalinkan silaturrahim. 

aku takde plak rasa down ke apa bila ex aku kawen. pada aku jodoh tu Allah dan tentukan. kalau ditakdirkan takde jodoh aku kat dunia ni pun aku redha. alah rileks la beb, dunia ni sekejap je. bukan lama mana pun. seeloknya fokus la pada benda2 yang jadi saham akhirat. 

memanglah kawen tu saham akhirat paling ampuh bg seorang perempuan, tapi kalau kau tak kawen bukan alasan kau takleh buat baik dan cakap takde peluang kau ke syurga. 

kalau ada mak bapak, berbakti la kat makbapak tu. 
as for now, aku sebenarnya bersyukur dengan status aku yg single and available ni, aku dapat jaga bapak aku berkhidmat dengan dia, drive dia ke hulu ke hilir nak jumpa ahli keluarga dia, teman dia g kenduri and apa sajalah aku boleh buat tanpa perlu mintak izin sapa2 pun. 

dalam hidup ni, jangan letak syarat untuk kebahagiaan ko. 
just count your blessing. 
kalau kau bukak mata hati kau, apa pun keadaan kau sebenarnya adalah isyarat cinta yang paling agung, yakni isyarat cinta dari Dia, pemilik segala cinta di dunia ni.

p/s : aku mmg tak minat sangat bila orang cakap bab jodoh-jodoh ni. 
doakan aku happy dunia dan akhirat pun dah cukup baik. dan bahagia tu tak semestinya berkait dengan jodoh.

ok aku lapar.
bai. 

No comments:

Post a Comment