Total Pageviews

Monday, September 28, 2015

Fitnah FB

salam semua,


fuuhhh harini mendung berjerebu, tapi hati aku memang terbakar habis nih.
aku memang selama kini tau, bahawasanya FB ni memang tempat fitnah dan memutarkan cerita paling hebat, tapi harini aku sendiri yang rasa. sebelum ni pun aku pernah kena, tapi selalunya aku menjawab balik dan hasilnya memang rasa cam bagus sangat la aku ni kan...(walhalnya tidak pun)

untuk hari ni aku cuba bersabar menghadap kebodohan dan kelancangan orang. so far so good. selain dari bodoh dan bangang, tkde perkataan carutan lain yang keluar dr celah jari aku. but its not easy. menggigil gakla aku tahan marah.

puncanya, aku komen kat page yang femes tu.
secara jujurnya aku takde niat pun nak backing SN seperti yang orang2 dalam tu maki aku. 
aku cuma sekadar mengingatkan, jangan keterlaluan.
tapi hasilnya, berbakol2 maki hamun aku dapat. tak dinafikan ada yg setuju ngan aku, tapi yang maki lebih ramai.
people tend to listen what they want to listen to.  they read to reply, not to understand. 
takde seposen pun ayat aku back up dia. aku cuma ingatkan, sekurang2nya dia tu ada sumbangan. walaupun dia terlanjur bicara, sikap dia buruk di mata manusia, tapi dia ada sesuatu yang baik yang dia pernah buat. 
aku takde plak maksudkan, kalau dia ada buat baik dia ada tiket nak cakap sesuka hati dia. yang salah tetap salah. cuma yang nak  mengutuk tu berpada2 lah. kita ni amal dahla tak banyak mana, tambah lagi dosa dengan mengutuk orang beriyer2. 
adakah itu cara yang betul utk handle salah dia buat tu?? 
nabi ajar macam tu ke?? 
sedangkan nabi yang dihina dan dibaling batu pun tak hina pelakunya.
mana akhlak kita dalam handle hal sebegini??

ada satu tempat komen tu, aku baca smpai ada orang doa dia dilaknat depan kaabah? apakah??

Allah pun tak suruh kita melampau2 dalam sesuatu perkara. 
kalau alvin tan tu orang bolh doakan dia dapat hidayah, kenapa kita tak doakan perkara yang sama kepada saudara seislam kita?

sudahnya aku delete komen tu. bukan sebab aku malu atau tak tahan dikutuk, tp realising that comment bring more harm than good. walaupun ada 400 lebih like, takda makna pun kalau komen tu tempat orang buat dosa memaki hamun.

bila aku dah delete, aku ingat takde apalah kan...sekali tu tengk dalam inbox other ada msg camni,

aku padam nama dia sebab nak jaga aib dia. tp sapa dalam friendlist aku nampak nama dia. muahhhahaa



mak oi bahasa dia. perlu ke ada komen berbaur lucah mcm tu? dari cara penulisan aku tau level dia ni kat mana. kalau zaman aku muda dulu mungkin aku akan balas dengan maki hamun gak, tapi aku reply dengan " alhamdulillah terima kasih, semoga Allah bg hidayah pada kamu, semoga kamu tak mati dalam keadaan jahil, insya Allah'. pastu aku report and block dia. 

sad but true, inilah adab dan akhlak kebanyakan manusia kat  fb tu. main terjah dan maki je tanpa memahami apa sebenarnya yang nak disampaikan. masing2 berlumba2 nak jadi keyboard warrior. kalau tak bersetuju sekalipon, apa salahnya gunakan bahasa yang baik dan budi bahasa yg elok. tak mungkin terjadi kot kalau komen dekat page2 sebegitu. menunjukkan masyarakat kita dalam FB macam mana. not to judge but it is too obvious. 

memang nabi ada pesan pasal orang yang muflis di akhirat,
apa pun, im thankful for what happened,
mereka ni dapat ajar aku macam mana nak bersabar, dan it feels so good not going down to their filthy level walaupun aku tau aku boleh memaki hamun lebih dari tu.

it feels so good not to say bad words to others walaupun dorang sangat kejam with their words. 

thank you Allah.
semoga ada pahala aku hari ni. insya Allah

:)