Total Pageviews

Thursday, December 31, 2015

Thank You 2015

31 Dec 2015

alhamdulillah, dah tiba di penghujung 2015. Allah masih panjangkan usia kita (kau pun sama sebab kau boleh baca ni kan heh heh) sehingga ke penghujung 2015. ada yang tak sempat kan. mehla kita sedekahkan al fatihah untuk mereka yang terlebih dahulu meninggalkan kita..
kita pun akan menyusul...

al fatihah


***
aku rasa cam nak recap apa yang jadi dalam hidup aku dalam 2015 ni. sajalah kan. orang buat recap kat sokabar pasal hal ehwal semasa lah, ekonomi lah, eko-no-money la so aku pun nak buat lah gak. tp aku nak pecahkan kepada beberapa kategori. maklumla cikgu sains kan, mestilah bersistematik gitu kuikui,. aku tak rajin cam cikgu lain nak masokkan kertas peksa la, motivasi la segala, nt aku ambik je kat blog dorang tu.aku rajin merapu je...hihik.

kesihatan

ok tahun 2015 adalah antara tahun-tahun yang sangat mencabar untuk kesihatan aku. dari bulan 2 sampailah ke bulan ogos aku kena buat treatment chemotherapy mcm aku dah citer sebelum2 ni. 
tayahla nk ulang citer sangat macam astrok tu kan. cemuih baq hang.  
so aku agak slow taun ni sebab tak larat sangat. aku gagahkan buat mana yang terdaya. tapi lepas chemo alhamdulillah, my health is getting better.
 much better. 
so hujung taun time cuti aku mereput la kat library tu, menyiapkan keje-keje yang aku peram setaun kan. ada yang tak tercover jd start balik la elok2 2016.
insya Allah...

 tahun ni gakla aku merasa naik ambulance dari umah aku ke spital ampang. sakit berguling2 weh. kalaula boleh terbang, memang aku terbang ke spital tu. jadi tak sesia aku bg laluan kat ambulance selama ni sebab mmang seksa orang dalam tu nak cepat. tapi beri laluan kat vip...that is another story. miahahhah! ops!

kerja
ok bab kerja memangla ada kaitan dengan kesihatan kan. kesihatan comes first. always. so tahun ni memang aku kurang sangat ajar tusyen, 
kerja-kerja sekolah pun memang slow motion smpai GB nk turunkan aku dari kerusi GPM tahun 2016.

 tapi memang ditakdirkan taun 2016 aku kena pegang gak lagi GPM tu sebab ada pertukaran guru yang tak disangka2 di saat-saat akhir. maka another year another chance untuk aku improve kan kerja-kerja aku. 

walaupun demikian, cehwah, macam karangan SPM sangat kan...tahun ni aku dah bertukar gred, dari dg41 ke dg 44. naik pangkatla kononnya. time based. pergerakan pangkat cikgu memanglah lama, 8 taun sekali baru nak pangkat habaq hang oi. apa pun syukur lah kan. 

dalam bab kerja gak, aku dapat dugaan besar taun ni. aku ni pemegang amanah duit orang, ada plak mangkuk ayun mencurik duit yg aku pegang, large sum, lebih dari 1k. redho jelah. ganti la jawabnya kan. adalah tu gamaknya  rezeki aku yang tak bersih. tapi kepada mangkuk ayun pencuri tu, semoga kau insaflah. nt sok tak tercarik kat akhirat woi.


relationship & friendship & ba ba black sheep

dalam taun ni la aku rasa paling ramai kawan-kawan dari zaman silam yang aku jumpa.  
amboi , silam sangat kan....

there was a reunion utk ex serting in feb, ni pun aku dah citer dlm entry2 aku yang lepas. its good to see faces yang decades ko tak tengok kan. including musuh ketat kau zaman sekolah. (sama je pun muka dia dulu and sekarang, perangai je dah ubah, jadi a bit gentleman, a bit lah). tapi, some people are meant to stay in your heart but  not in your life.  
then aku terjumpa the twins dari zaman skolah menengah rendah aku, terjumpa kat aeon tu ha. aku suka sangat twin ni sebab dorang sangat lawa n baik. slama ni tgk dalam fb je, tak sangka terjumpa balik kan.
jumpa balik anak-anak murid aku yang aku ajaar dorang masa spm 2011, dah abis kolej masing2 and dorg still kenal aku walaupun aku dah gemok (muka air mata,-dalam ni takde emoticon, ish)

not to forget ternampak ex love of my life once upon a time dulu. haha. dah jadi laki orang sekarang.

pendek kata, taun ni taun retro dan flash back lah coz banyak terjumpa orang-orang yang dh lama aku tak jumpa, yang lama aku teringin nak jumpa tapi tak pernah jumpa....
love? haha no luck lagi this year. tak jumpa lagi sesapa yang berkenan di hati. takde chemistry, biology and banyak calculation perlu dibuat. kuikui

well, aku rasa tu jelah yang aku nak recap. of course la banyak benda lagi dlm life aku tpi tak perlula nak cerita semua kot. kehkehkeh.

untuk 2016, aku cuma harap aku lebih kurus supaya aku boleh pakai balik baju2 aku yang dah takleh pakai tu, and aku harap ada la orang hensem2 dan berkenan di hati muncul toing toing depan mata aku, kot tak dapek buek laki, dapek gak buek cuci mato kan.
 ahahahh gatai nyahhh.

and i hope uols punye tahun baru pun akan lebih baik, menarik , tertarik da bomb!

terima kasih 2015 untuk semua kenangan yang indah dan pelajaran yang ditinggalkan.